awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat keldai akaun ditahan babit kerugian sehingga RM238,889

Bernama
Bernama
11/04/2023
12:04 MYT
Empat keldai akaun ditahan babit kerugian sehingga RM238,889
Polis menahan empat lelaki dipercayai dijadikan 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan sehingga mangsa kerugian RM238,889.21 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, semalam. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan empat lelaki dipercayai dijadikan 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan sehingga mangsa kerugian RM238,889.21 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan empat lelaki berusia 29 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di sekitar di Bayan Lepas, Georgetown serta Simpang Ampat, dekat sini.
"Berdasarkan siasatan, polis mendapati empat lelaki itu terlibat dengan beberapa sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak insurans, pegawai polis dan memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman wang tidak wujud dalam talian.
"Semua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes yang dilaporkan pada tahun 2017, 2020 dan 2023. Jumlah kerugian yang telah dialami oleh mangsa-mangsa ialah RM2,725 sehingga RM238,889.21," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu turut memaklumkan, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keldai akaun
#pulau pinang
#Polis Daerah Barat Daya
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan