awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2021
07:23 MYT
Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan
Menurut Dr Pereira, SOP kesihatan perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti patut dielakkan jika boleh untuk mengelakkan penularan komuniti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kes B. 1.1.1.529 atau varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan di Sarawak.
Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.
Memetik laporan Utusan Borneo pada Jumaat, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom dan telah menjalani calitan ujian COVID-19 pada 14 Disember lalu.
Dr Pereira dipetik sebagai berkata, dua kes lagi dikesan di Kuching.
"Satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom. Dia menjalani ujian calitan pada 22 Disember manakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Dr Pereira juga dpetik sebagai berkata, kemungkinan penularan tempatan bagi Omicron yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti dan orang ramai digesa supaya berhati-hari ketika tempoh perayaan Krisman dan Tahun Baharu 2022.
Menurutnya, SOP kesihatan perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti patut dielakkan jika boleh untuk mengelakkan penularan komuniti.
BACA SEMUA BERHUBUNG VARIAN OMICRON DI SINI
"Orang ramai perlu segera mendapatkan suntikan penggalak mereka jika mereka belum berbuat demikian," kata Dr Pereira.
Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa penggalak adalah perlu untuk meningkatkan penurunan paras antibodi yang meneutralkan untuk melindungi daripada jangkitan Omicron, tambahnya.
Topic Berkaitan
#Omicron COVID-19
#United Kingdom
#Dr David Pereira
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan