PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 77 kes positif direkodkan dalam empat kluster baharu itu pada Ahad.

Kluster Penjara Kepayan mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 48 kes positif.

Berikut adalah perincian empat kluster baharu yang dikenal pasti pada Ahad:


KLUSTER PENJARA KEPAYAN

Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19,628) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 18 Oktober, sejumlah 170 individu telah disaring, dengan hasilnya: 
KLUSTER BAH LAYANGAN

Kluster baharu ini melibatkan kes di Labuan dan Rembau, Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15,654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober, sejumlah 142 individu telah disaring, dengan hasilnya: 
KLUSTER ALMA

Kluster baharu ini melibatkan kes di Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18,066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 18 Oktober sejumlah 183 individu telah disaring, dengan hasilnya:

KLUSTER AUTO

Kluster baharu ini melibatkan kes di Petaling, Kuala Langat dan Klang di Selangor serta Seremban, Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19,354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 Oktober, sebanyak sembilan kes dikesan positif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)