KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan empat lagi individu bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan # Turun di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata sebelum ini seramai 27 individu telah diambil keterangan melibatkan ahli politik dan aktivis pelajar, namun kertas siasatan berkenaan yang telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dipulangkan semula.
"Pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah memulangkan kembali kertas siasatan itu dan mengarahkan untuk merekod keterangan daripada empat individu lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Road March Sempena Peringatan Hari Polis ke 215 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.
Noor Dellhan berkata keempat-empat individu berkenaan akan diambil keterangan dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada 23 Julai lepas, kira-kira 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik dan beberapa individu telah berhimpun sambil memegang plakad dan gegantung bertulis 'potong gaji menteri', 'turun dan lawan' dan lain-lain.
Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata program Road March yang julung kali diadakan itu hari ini bertujuan mendekatkan masyarakat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaras tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Program sehari berkenaan yang melibatkan kerjasama strategik PDRM bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penerangan Malaysia disempurnakan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah jabatan pembangunan komuniti dan kesejahteraan bandar, DBKL, Ismadi Sakirin.
Dalam program bermula 7 pagi berkenaan orang ramai yang hadir disajikan persembahan aksi payung terjun oleh enam anggota komando VAT 69 PDRM dan perarakan unit berkuda, kenderaan serta aset PDRM.
Kaunter bayaran saman yang menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus turut diserbu ribuan pengunjung yang mengambil kesempatan menyelesaikan bayaran saman tertunggak masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Keempat-empat individu berkenaan akan diambil keterangan dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. - Gambar hiasan
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Empat lagi individu dipanggil lengkapkan siasatan himpunan #Turun
Polis akan mengambil keterangan empat lagi individu bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan # Turun di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di sini, Sabtu lepas.
Perhimpunan #Turun: Young Syefura, 9 lagi diambil keterangan
Kesemua individu yang terdiri daripada ahli politik, aktivis dan mahasiswa itu telah dirakam keterangan bermula jam 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.