awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lagi wakil parti selesai menghadap Agong hari ini

Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
10/06/2021
08:41 MYT
Empat lagi wakil parti selesai menghadap Agong hari ini
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi wakil ketua politik keempat selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi wakil ketua politik keempat selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 4.20 petang selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.
Terdahulu, beliau yang menaiki kenderaan jenis Range Rover berwarna kelabu dilihat tiba pada pukul 3.10 petang.
Selain Mohd Shafie, tiga lagi wakil pemimpin politik adalah masing-masing dari Pas, MCA, dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Pemimpin pertama yang tiba di Istana Negara pada Khamis ialah Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Empat lagi wakil parti selesai menghadap Agong hari ini
Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah pada jam 11.00 pagi.
Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.36 pagi dan tidak sampai 30 minit selepas itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pula dilihat memasuki istana.
Kenderaan membawa beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan istana kira-kira jam 12.54 tengah hari.
Pengerusi Penaja Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dilihat memasuki Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari.
Beliau dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah pada jam 2.30 petang.
Sejam kemudian, kenderaan membawa Ahli Parlimen Langkawi itu dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 3.00 petang.
Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada media daripada semua pemimpin itu yang dilihat terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.
Begitupun, Dr Mahathir mengadakan sidang media secara dalam talian pada jam 4.15 petang bagi berkongsi intipati pertemuan beliau dengan Seri Paduka Baginda.
Setakat Khamis, lapan pemimpin parti selesai menghadap Al-Sultan Abdullah termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perkembangan sama, beberapa lagi wakil parti politik termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Agong pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Warisan
#wakil rakyat
#mengadap Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Al-Sultan Abdullah
#Mohd Shafie Apdal
#Sabah
#Parti Warisan Sabah
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan