awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes culik

Bernama
Bernama
07/09/2023
14:02 MYT
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes culik
Polis menahan empat individu kerana disyaki terbabit dalam kes culik seorang lelaki yang ditemukan maut berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14 Puchong, Selangor semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu kerana disyaki terbabit dalam kes culik seorang lelaki yang ditemukan maut berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14 Puchong, Selangor semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa anak lelakinya dilarikan oleh sekumpulan lelaki yang dikenali mangsa di kawasan perumahan Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Cheras Isnin lepas.
Beliau berkata susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum mangsa, yang berusia 25 tahun, ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada 12.55 tengah malam.
"Berikutan itu, empat lelaki berusia 27 hingga 35 tahun ditahan dan semakan mendapati mereka mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah.
"Semua suspek ditahan reman bermula hari ini hingga 10 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Allaudeen berkata pihaknya masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#stesen minyak
#Puchong
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan