KLANG: Seramai empat lelaki termasuk tiga pelajar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan mencederakan seorang gelandangan dan remaja lelaki, bulan lepas.
Chan Jia Jing, 19, yang memakai baju T hitam dan tiga remaja lain berusia 16 tahun mengenakan baju lokap ungu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret P Sarulatha.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki berusia 67 tahun, di kaki lima sebuah pasar raya di Jalan Lebuh Berangan, Pelabuhan Klang, di sini pada jam 3.30 pagi, 8 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh mencederakan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Pandamaran di sini, pada jam 1.10 tengah hari, hari sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi mencadangkan tertuduh muda ini diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan, tidak mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, peguam, Tham Weng Kin yang mewakili semua tertuduh merayu kadar itu dikurangkan kerana mereka masih berada di bawah tanggungan keluarga.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Sarulatha membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Julai depan.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan polis mengesan dua rakaman video yang tular di media sosial Twitter memaparkan empat lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta memukul seorang gelandangan menggunakan besi pemukul besbol.
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.
Kaunter Aduan Balai Polis Pelabuhan Klang juga telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan mengenai klip video terbabit di Instagram. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 09 2023

Chan Jia Jing, 19, yang memakai baju T hitam dan tiga remaja lain berusia 16 tahun mengenakan baju lokap ungu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret P Sarulatha. - Gambar/ Sinar Harian

'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan luah rasa rindu
Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia dipercayai dibunuh, meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Setahun pentadbiran, tiada pimpinan kerajaan terlibat rasuah - Anwar
Antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan kerajaan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
AWANI Ringkas: Lebih 30,000 kes penipuan Online
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berang disuruh perlahankan suara, lelaki mabuk amuk dengan parang
Polis menahan seorang lelaki yang mengacu parang dalam keadaan mabuk di sebuah gerai burger berhadapan dobi layan diri di Bestari Jaya pada Rabu lalu.

Hoki: Sepanyol catat rekod tanpa kalah, Belanda raih slot ke suku akhir
Sepanyol menewaskan Korea Selatan 8-2 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023.

Tangguh sementara bacaan Qunut Nazilah selaras sunah - Mufti
Penangguhan sementara bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau seluruh negeri Pahang bukan atas tekanan mana-mana pihak atau arahan politik seperti andaian sesetengah pihak.

Bapa kongsi kisah anak autistik hilang, jadi pengajaran
Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.

Isham dipecat UMNO kerana sudah melampaui batas - Khaled Nordin
Isham Jalil dipecat daripada parti kerana masalah disiplin susulan tindakannya mengkritik parti itu secara suka hati.

COVID-19: Amalkan kawalan kendiri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Lelaki pukul gelandangan ditahan reman tiga hari
Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan dalam kes memukul seorang gelandangan.

Empat lelaki termasuk pelajar didakwa cederakan gelandangan
Seramai empat lelaki termasuk tiga pelajar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan mencederakan seorang gelandangan dan remaja lelaki, bulan lepas.

3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

Polis sedang kesan empat lelaki pukul gelandangan
Kumpulan individu itu memukul lelaki gelandangan berkenaan menggunakan pemukul besbol jenis besi.

Polis buru sekumpulan lelaki pukul gelandangan
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan pukul gelandangan depan bank
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan mengenai kejadian memukul dua gelandangan di hadapan sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) seperti yang tular.