awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut kereta bertembung bas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/11/2017
15:02 MYT
Empat maut kereta bertembung bas
Keadaan kemalangan antara kenderaan Proton Iswara Aeroback dengan bas ekspres di Kilometer 33 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu. - Astro AWANI/Nur Fazlizai Ali
Empat maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran penjara Marang pada Sabtu.
Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu mengorbankan empat beranak yang menaiki kereta jenis Proton Iswara Aeroback.
Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Marang selepas menghadiri kenduri di Kemaman.
Pemandu bas Abdul Jalil Awang, 56, memberitahu ketika kejadian dia melihat kereta berkenaan meluncur laju memasuki ke laluan bertentangan.
“Melihat kereta berkenaan memasuki laluan, saya cuba mengelak ke laluan bersebelahan sebelum kereta berkenaan memasuki laluan asal.
“Saya mengawal bas dan membrek kira-kira 500 meter sebelum bertembung dengan kereta itu,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.
Ketika kejadian, bas yang membawa 30 penumpang itu dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.
Kesemua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#kereta
#Marang
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan