Empat maut nahas tiga motosikal, Myvi di Jalan Muar–Segamat

Empat remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Muar-Segamat. -Gambar Sinar Harian
TANGKAK: Empat maut termasuk seorang gadis dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat, malam Jumaat
Ringkasan AI
- Empat remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Muar-Segamat.
- Tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak.
- Polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan telah menghantar kesemua mangsa ke hospital untuk bedah siasat.
"Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak di sini, semasa mendapatkan rawatan.
"Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.
"Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu," katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tangkak di sini untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


