awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah

Bernama
Bernama
13/03/2023
23:17 MYT
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Keempat-empat tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah asrama di pondok pemulihan dadah persendirian, Manzilu Rahmah di Kampung Kandis, Bachok, jam 9.30 malam, 1 Mac lepas. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Empat penghuni di sebuah pondok pemulihan dadah persendirian didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memukul rakan penghuni sehingga cedera parah, dua minggu lalu.
Tertuduh, Ahmad Afzam Ibrahim, 31, Muhammad Firdaus Muhammad Zulkifli, 21, Mohamad Aniq Zamri, 33, dan Muhammad Irfan Hisam, 30, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, 51, dengan menggunakan sebatang rotan
Keempat-empat tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah asrama di pondok pemulihan dadah persendirian, Manzilu Rahmah di Kampung Kandis, Bachok, jam 9.30 malam, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.
Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 17 April depan untuk sebutan semula kes.
Kesemua tertuduh tidak membayar jaminan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pondok pemulihan dadah
#rotan
#asrama
#pukul rakan hingga cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan