Empat penjenayah berjaya ditumpaskan dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Ampang Baru sini, malam semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 malam tadi berhampiran Balai Polis Tambun melibatkan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian samun di negeri ini.

Sejurus kejadian tersebut, polis telah membuat sekatan di kedua-dua arah jalan berkenaan sementara pasukan penyiasat forensik juga berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, satu sidang media akan dibuat di IPK kira-kira jam 11 pagi ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL