awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2024
09:30 MYT
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Tukang urut warga asing yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat pusat urut di Kepong yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran selepas siasatan dan risikan selama lima hari.
  • Premis-premis tersebut dikenakan tindakan tutup serta-merta, barangan perniagaan disita, dan empat notis dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah serta membina struktur sekatan tanpa kelulusan.
  • DBKL akan terus memantau lokasi-lokasi tumpuan dan menggalakkan orang awam untuk menyalurkan maklumat melalui laman sesawang Adu@KL di http://adukl.dbkl.gov.my.

DBKL memaklumkan, premis tersebut dikenal pasti menerusi siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di kawasan Parlimen berkenaan.
Menurutnya, keempat-empat premis berkenaan telah dikenakan tindakan tutup serta-merta dan barangan perniagaan telah disita.
"Empat notis dikeluarkan di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.
"Selain itu, sebanyak 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat buah premis tersebut telah dirobohkan di bawah kesalahan Seksyen 79(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, barangan yang disita telah dibawa dan disimpan di Setor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur.
Ujarnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat laman sesawang Adu@KL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat urut
#DBKL
#pelacuran
#operasi bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan