awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja dicekup orang awam selepas ragut wanita

Bernama
Bernama
09/09/2020
23:46 MYT
Empat remaja dicekup orang awam selepas ragut wanita
Mohamed Mokhsein berkata keempat-empat suspek sudah tidak bersekolah, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terbabit dalam pengambilan dadah.
Tindakan pantas orang awam berjaya menggagalkan cubaan ragut oleh empat remaja ke atas seorang wanita di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata dalam kejadian pada 8.40 malam itu, suspek remaja perempuan berusia 16 mendekati mangsa yang berada di tepi jalan untuk meminjam telefon bimbit dengan alasan mahu menghubungi ibunya.
“Ketika mangsa sedang menaip nombor yang diberikan, suspek bertindak merampas telefon bimbit itu dan melarikan diri.
“Orang ramai yang berada di sebuah kedai makan berhampiran tempat kejadian bertindak mengejar suspek dan tiga lagi rakan lelakinya,” katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa kesemua remaja lelaki yang berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun dan remaja perempuan itu diserahkan kepada Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata semakan mendapati keempat-empat suspek sudah tidak bersekolah, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terbabit dalam pengambilan dadah.
Katanya suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Salak Selatan Baru
#Cheras
#Dadah
#jenayah lampau
#Kampung Malaysia Raya
#Mohamed Mokhsein Mohamed Zon
#orang awam
#pinjam telefon bimbit
#polis
#ragut
#rekod jenayah
#remaja
#reman
#Sungai Besi
#tidak sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan