awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja hilang ditemui meninggal dunia dalam sungai

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2016
05:19 MYT
Empat remaja hilang ditemui meninggal dunia dalam sungai
Beginilah keadaan kereta Honda Accord yang dinaiki mereka ditemui di dalam sungai oleh pekerja ladang berkenaan pada jam 9.20 pagi Rabu. - Foto Astro AWANI
Empat remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam ke Terengganu sejak Rabu lalu ditemui dalam sebuah kereta berhampiran ladang kelapa sawit di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Kereta Honda Accord yang dinaiki mereka ditemui di dalam sungai oleh pekerja ladang berkenaan pada jam 9.20 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar ketika dihubungi memberitahu empat mayat dalam kereta itu dibawa ke Hospital Mersing.
"Polis kini sedang menyiasat dan sedang mendapatkan keterangan daripada keluarga mangsa selepas pengecaman mayat selesai.
"Siasatan awal polis percaya kereta itu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai," katanya.
Keempat-empat mangsa berusia 21 tahun dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.
Mangsa kejadian kemalangan dan lemas
Mangsa kejadian kemalangan dan lemas
Mangsa kejadian kemalangan dan lemas
Mangsa kejadian kemalangan dan lemas
Siasatan polis mendapati mereka bertolak dari Seri Alam, di sini, kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dengan menaiki kereta Honda Accord menuju ke Terengganu. Mereka dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk bercuti ke lokasi yang masih belum diketahui secara tepat. Namun, selepas dua jam bertolak kira-kira jam 11.30 malam, mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#empat remaja lelaki hilang
#Kota Tinggi-Mersing
#mati dalam kereta
#tenggelam dalam sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan