awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja lari dari asrama anak yatim ditemui selamat

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
21/06/2022
03:50 MYT
Empat remaja lari dari asrama anak yatim ditemui selamat
Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya. - Gambar hiasan
KUANTAN: Empat remaja penghuni sebuah rumah anak yatim dan miskin di Kampung Kempadang Kuantan yang dilaporkan hilang, ditemui selamat di rumahnya bapa saudaranya di kampung berdekatan.
Remaja berkenaan yang berusia 15, 14 dan masing-masing 13 tahun itu dikatakan melarikan diri dari asrama yang dihuni mereka melalui pintu belakang jam 12.30 tengah malam Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya telah menerima laporan kira-kira jam 5.07 petang Isnin daripada penyelia rumah jagaan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan polis pada Selasa, kesemua remaja tersebut telah dijumpai di rumah bapa saudara mereka oleh sepasukan anggota Unit Risikan Jenayah (URJ) pada jam 10 malam Isnin dalam keadaan selamat.
Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum itu, Wan Mohd Busu berkata, hasil siatan awal mendapati, keempat-empat remaja tersebut yang telah tinggal di asrama tersebut sejak dua tahun lalu itu dipercayai berasal dari kampung Cenderawasih, Pekan dan tiga daripada mereka adalah adik-beradik.
BACA: Empat remaja lari dari asrama anak yatim, telefon bimbit jadi punca
Punca mereka melarikan diri dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan penyelia yang melarang menggunakan telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#remaja
#asrama
#Kampung Kempadang
#Wan Mohd Zahari Wan Busu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan