awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat remaja lari dari asrama anak yatim, telefon bimbit jadi punca

Bernama
Bernama
20/06/2022
15:24 MYT
Empat remaja lari dari asrama anak yatim, telefon bimbit jadi punca
Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan mereka kini giat dijalankan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Empat remaja termasuk tiga beradik melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim dan miskin di Kempadang di sini tengah malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dengan kesemuanya berasal dari Kampung Cenderawasih, Pekan dipercayai melarikan diri menerusi pintu belakang asrama pada 12.30 tengah malam.
Beliau berkata tindakan itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati dengan larangan penggunaan telefon bimbit di asrama berkenaan.
"Kehilangan mereka disedari oleh penyelia asrama berusia 35 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis pukul 5.05 petang tadi selepas usaha mencari yang dilakukan pihak asrama gagal," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata kesemua remaja terlibat difahamkan mula mendiami asrama itu sejak dua dan setahun lepas.
Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan mereka kini giat dijalankan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lari
#Pusat jagaan anak yatim
#kempadang
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan