KUALA LUMPUR:Polis menahan empat individu dipercayai ada kaitan dengan kes pencemaran air di Taman Velox, Rawang.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pihak polis menjalankan tangkapan dalam satu operasi susulan laporan diterima berkaitan kes pencemaran air terbaharu itu.
Katanya, tangkapan itu dijalankan di Gombak, Damansara dan Kelana Jaya.
Tambah beliau, empat individu yang ditangkap ialah tiga lelaki dan seorang wanita, termasuk seorang bukan warga tempatan.
Siasatan awal mendapati, pemilik syarikat itu, yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyewa premis di Taman Velox, Rawang, Selangor.
Manakala dua lagi suspek merupakan pekerja, termasuk seorang lelaki warganegara Bangladesh, dipercayai menumpang stok bahan kimia di premis berkenaan.
BACA: Ganjaran RM5,000 untuk pihak yang salurkan maklumat pencemaran Sg Selangor
BACA: Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
Siasatan awal juga mendapati berlaku aktiviti membuang sisa kimia ke dalam lubang kumbahan Indah Water Konsortium di premis terbabit sebelum mengalir ke kawasan tercemar.
Kesemua kini suspek disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Polis hari ini akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Selayang.
Fareez Azman
Wed Nov 11 2020

Fadzil berkata, empat individu yang ditangkap ialah tiga lelaki dan seorang wanita, termasuk seorang bukan warga tempatan. - Gambar fail

Perubahan iklim: Negara-negara miskin makin terdesak, perlu lebih banyak belanja - PBB
Kerajaan di seluruh dunia perlu beradaptasi dengan lebih baik atau terpaksa menanggung kos, kerosakan dan kerugian yang dahsyat.

AWANI Ringkas: Gelombang kepulangan perantau punca kes meningkat | Peralihan Kuasa AS: Trump enggan hadir

Bekalan elektrik di dua daerah di sempadan Sarawak pulih
Bekalan elektrik ke daerah Bau selain Semantan, bandar Lundu dan Telol Melano di daerah Lundu, berjaya dipulihkan pada 6.37 pagi tadi.

Banjir Sarawak | Jumlah mangsa banjir di PPS ke 4,247
Hampir 200 mangsa banjir Sabah masih berada di lima Pusat Pemindahan Sementara, PPS setakat jam 8 pagi tadi. Kita bersama wakil Astro AWANI di Sabah Ruzaini Zulkepli untuk perkembangan lanjut.

COVID-19 | Amalan terbaik kuarantin kendiri
Peningkatan kes COVID-19 di negara ini kini terus kekal kepada empat digit dan pada Jumaat angka yang dicatatkan di negara kita melepasi 3,200 kes. Sudah semestinya dengan peningkatan kes ini, ia akan beri impak kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara kita. Dengan kes kebolehjangkitan melebihi 30 ribu, beberapa pusat kuarantin dan pusat rawatan dibuka termasuk di MAEPS Serdang dan beberapa lagi di seluruh negara bagi menempatkan pesakit mahupun mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19. Untuk itu kita akan bersama Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia.

Selepas tiga hari, mayat lelaki mangsa lemas di Sungai Sarawak ditemui
Mayat Awangku Sahibul Awang Sazali, 33 tahun ditemui di dalam timbunan daun keladi di kawasan perairan Kampung Tupong, Kuching.

COVID-19 | Persediaan NADMA sedia pusat kuarantin
Jangkitan kes harian COVID-19 mencatatkan peningkatan hari demi hari dan semalam sahaja Malaysia merekodkan sebanyak 3,211 kes positif. Trend peningkatan itu sedikit sebanyak melumpuhkan sektor kesihatan negara khususnya dalam aspek penyediaan fasiliti kesihatan seperti pusat kuarantin. Bagi memperincikan perkara ini, bersama kita menerusi Skype, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Hussein Omar Khan dalam melengkapkan kemudahan kesihatan jika kes harian terus meningkat.

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini
Kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius.

PKP | Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan
Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan Peningkatan kes secara mendadak COVID-19 dekat Kelantan dipercayai disebabkan gelombang kepulangan perantau baru-baru ini. Perkara ini diakui oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berdasarkan pemerhatian pihaknya dan Data Jabatan Kesihatan Kelantan.

PKP | 19 sekatan jalan raya di Kelantan
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, pihaknya ,melakukan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 sempadan antara jajahan.

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini
Kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius.

PKP 2.0: Surat kebenaran hanya perlu dipohon sekali sahaja
Peniaga yang ingin meneruskan perniagaan dan perlu merentas daerah, digesa mendapat surat kebenaran dari balai polis berdekatan.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang perketat kawalan keluar, masuk
Ppemeriksaan di stesen berkenaan dibuat bagi memastikan semua pengguna komuter serta ETS mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak merentas negeri tanpa kebenaran.

Lelaki dikhuatiri lemas motosikal terbabas dalam longkang
Seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air selepas motosikal ditungganginya terbabas.

Dua lagi penginapan pekerja kilang sarung tangan sesak, tidak dapat perakuan JTK
Dua penginapan pekerja sebuah kilang sarung tangan di lokasi berasingan di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini, didapati sesak.

Dua lelaki menyamar polis, samun dan curi motosikal warga asing
Dalam kejadian jam 12 tengah hari Selasa, mangsa yang sedang makan di tepi sawah di Padang Tembusu telah disamun lelaki tersebut.

COVID-19: Kepatuhan rakyat Kelantan terhadap SOP semakin terhakis - CPO
Kebanyakan rakyat di negeri itu seolah-olah alpa dengan pandemik yang sedang melanda yang menyaksikan semua daerah di Kelantan dikategorikan zon merah.

Termasuk perangkap sindiket penipuan, kerani akaun rugi RM112,000
Mangsa wanita berusia 40-an itu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.