KUALA LUMPUR:Kerajaan negeri Selangor tidak menolak insiden kes terbaharu pencemaran bau di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di sjni sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1,2 dan 3 dihentikan tugas akibat perbuatan sabotaj.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian, kemungkinan itu merupakan dapatan yang diperoleh hasil daripada siasatan awal yang dilakukan di lokasi pencemaran.
"Sisa industri ini, saya tidak menafikan sebab ini berlaku kerana semasa kita buat pemantauan 24 jam. Pada pukul 2 pagi pula bacaan di sungai adalah 0 ton, ini dilakukan oleh LUAS (Lembaga Urus Air Selangor).
"Pada 4 pagi, LUAS juga telah melakukan pemeriksaan dan mendapati 0 ton. Pada 7 pagi pula, LUAS buat ujian di Sungai Sembah kerana ini (pencemaran) mengalir ke Sungai Sembah pada bacaan 0 ton.
"Jadi kejadian ini tidak berlaku sebelum jam 7 pagi, tetapi dipercayai berlaku di antara pukul 7 hingga 10 pagi," katanya dalam sidang media di Loji Kumbahan IWK Taman Volex, di sini pada Selasa.
BACA: Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang
BACA: 1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini
BACA: Pencemaran bau: Loji Rawatan Air Rantau Panjang henti tugas
Fareez Azman
Tue Nov 10 2020

Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak Pencemaran bau di Loji Kumbahan IWK di Rawang dipercayai akibat perbuatan sabotaj.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Sarawak tangguh semua aktiviti pengimarahan masjid, hadkan bilangan jemaah
Antara aktiviti yang ditangguhkan termasuk ceramah, kuliah, kursus kelas dan bengkel.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak
Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.

Waspada taktik penipuan ambil alih akaun WhatsApp - MCMC
MCMC menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak Pencemaran bau di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Rawang dipercayai akibat perbuatan sabotaj.