KAJANG: Polis Diraja Malaysia menahan empat wanita dan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran dan penyeludupan antarabangsa pelbagai jenis dadah, yang dianggarkan bernilai RM4.9 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) berkata, serbuan dilakukan pada 24 September hingga 28 September lepas hasil perkongsian maklumat dan kerjasama dengan pihak Biro Narkotik Pusat Singapura.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 71 tahun dan polis turut merampas tiga buah kenderaan masing-masing jenis Toyota Vellfire, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Honda City bernilai RM250,000.
"Dalam serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.9 juta termasuk syabu seberat 5.8 kilogram (kg), ketamin seberat 14.8kg, Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) jenis cecair (30.1 liter), MDMA jenis serbuk 34.3kg dan kafein 2.2kg.
"Berdasarkan rampasan itu, kami juga percaya ada kegiatan memproses dadah di sebuah gudang di sini (Kajang) tapi perkara ini masih disiasat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini.
Abdul Aziz berkata, sindiket itu menjalankan kegiatan penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kurier di Singapura, untuk menghantar bungkusan berisi dadah ke Singapura dan negara-negara Eropah melalui Singapura, dengan mengisytiharkan bungkusan tersebut mengandungi barang-barang sah.
Beliau berkata sejumlah RM426,926 wang turut disita daripada 11 akaun bank dan nilai keseluruhan rampasan dadah serta sitaan harta bernilai RM5.6 juta.
Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai mula bergiat aktif sejak awal tahun ini, selain turut mengedar dadah tersebut untuk bekalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Pihak polis juga masih mengesan beberapa individu yang telah dikenal pasti dan dalang yang masih bebas. Siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing mereka juga negatif dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama 12 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Antara barang rampasan yang berjaya ditumpaskan pihak polis dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini. - Bernam
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.