awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu modenkan grid tenaga ke arah bina ekonomi rendah karbon kompetitif

Bernama
Bernama
15/12/2025
07:00 MYT
Malaysia perlu modenkan grid tenaga ke arah bina ekonomi rendah karbon kompetitif
Fadillah menggesa pengilang dan pemilik bangunan untuk menggunakan penyelesaian kecekapan, respons permintaan dan penyimpanan yang dipacu AI. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memodenkan sistem grid tenaga untuk membina ekonomi rendah karbon yang kompetitif, inklusif dan berdaya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata pendigitalan ekonomi dengan kecerdasan buatan (AI) yang boleh dipercayai serta mengubah aspirasi iklim kepada projek yang berpotensi cerah dan boleh menerima pelaburan juga merupakan langkah penting yang perlu dilaksanakan untuk Malaysia merealisasikan matlamat tersebut.
"Oleh itu, kita menyeru syarikat utiliti supaya mengemukakan projek yang dapat mengurangkan pengehadan bekalan secara terukur, mempercepat sambungan dan memperkukuh sistem untuk mengelakkan cuaca ekstrem.
"Kita menggesa kalangan pengilang dan pemilik bangunan untuk menggunakan penyelesaian kecekapan, respons permintaan dan penyimpanan yang dipacu AI serta berkongsi pengajaran supaya jumlah permintaan dapat menjadi sumber sistem yang boleh dipercayai," katanya.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak AI, Digital dan Ekonomi Hijau Global 2025 di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#sistem grid tenaga
#Fadillah Yusof
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan