KANGAR: Empat lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, pada Jumaat atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Wang Kelian, Padang Besar pada 2015.
Namun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat tertuduh, Arun Kaeofainok, 30, Amree Nesalaeh, 58, Jehpa Lapi-E, 56, dan Somphon A-Dam, 51, yang diekstradisi ke Malaysia, selepas hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Thai di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut kertas pertuduhan, Amree, didapati menjalankan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar bernama Zedul Islam antara Februari hingga April 2013 di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar.
Manakala, tiga tertuduh lain pula melakukan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar, Mohd Belal antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015 sekitar jam 5.30 pagi di Bukit Wang Burma, Wang Kelian di Padang Besar.
Kesemua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dimana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Lee Jun Keong, Muhammad Asyraf Md Kamal dan Suloshani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tiada wang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Manakala 25 Julai hadapan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Tertuduh menjadi antara 10 individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.
Malah, waran tangkap juga dikeluarkan kepada tertuduh sebelum ini seorang warga Bangladesh dikeluarkan sejak 2016 oleh Mahkamah Sesyen Kangar.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jun 23 2023

Empat lelaki warga Thailand dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar, pada Jumaat atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Wang Kelian. - Foto Astro AWANI

Perak peroleh RM21.1 juta royalti NR-REE
Ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.
AWANI Pagi: Pengakap | Kuasa Lebih 10 Dekad Satukan Belia Malaysia
Diskusi 8.30 pagi ini bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul, merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara dan Zairin Adam Abdul Aziz, Pengakap Kelana, berkait 10 dekad kewujudan Persekutuan Pengakap Malaysia.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Nostalgia makan bertalam di Rumah Atap Kuning
Lebih menarik, masakan kampung yang enak dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia silam, sambil dikelilingi keindahan alam.

Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

RCI Wang Kelian: Panel pertikai kredibiliti saksi kelima
Saksi kelima itu, DSP M. Joeking Maniam Anthony pernah ditahan SPRM pada 2015 berkaitan kes penyeludupan diesel, beras dan daun ketum.

'Saya beri arahan musnahkan khemah, bukan hapuskan bukti'
Sesi RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian Perlis masuk hari kelima pada hari ini (Rabu).