awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor 1976 dipinda

Bernama
Bernama
16/09/2023
03:41 MYT
Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor 1976 dipinda
Mohd Jafni berkata dengan pindaan itu, tadbir urus akan lebih berkesan, bagi memberi kemudahan kepada rakyat serta pihak berkepentingan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) 1976, bagi memperkukuhkan lagi peranan agensi itu dalam tadbir urus perihal berkaitan perumahan awam, rumah mampu milik dan hartanah Bumiputera.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan negeri Mohd Jafni Md Shukor berkata tadbir urus akan lebih berkesan, bagi memberi kemudahan kepada rakyat serta pihak berkepentingan, seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah, di negeri itu.
Beliau berkata menerusi pindaan itu, PKPJ turut dapat memberikan khidmat perundingan kepada pemain industri dan tidak terhad kepada sektor perumahan sahaja.
"Antara objektif lain pindaan enakmen ini, ialah menghubungkan peranan PKPJ dengan agensi yang berkaitan, sebagai titik fokus melalui platform Jawatankuasa Peniliaian, Perancangan dan Pembangunan (PDRC).
"Selain itu, PKPJ turut dapat menjalankan fungsi pemantauan dengan berkesan, melalui jalinan kerjasama strategik antara agensi, serta melaksanakan tindakan punitif yang mempunyai kuasa undang-undang, sebagai langkah terakhir dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Jafni berkata pindaan itu, sekali gus memberikan impak positif kepada pemaju-pemaju perumahan yang terlibat secara langsung di dalam platform PDRC, khususnya dalam membantu mereka melalui gerak kerja yang di koordinasi antara PKPJ dan agensi teknikal.
Beliau berkata intervensi dengan pemaju itu penting, dalam memastikan sasaran 30,000 unit rumah mampu milik untuk dibina di negeri ini, menjelang 2026 tercapai.
Mohd Jafni berkata keberkesanan penyelarasan gerak kerja PDRC juga membantu kepada penyelesaian tujuh projek sakit, yang melibatkan 1,073 unit sejak 2022 sehingga sekarang.
PKPJ ditubuhkan kerajaan negeri, bagi memastikan segala dasar serta pembinaan berkaitan perumahan rakyat dapat diwujudkan dan dilaksanakan secara inklusif, terutama berkaitan pembangunan rumah mampu milik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
#pindaan enakmen Johor
#perumahan awam
#Mohd Jafni Md Shukor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan