awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam ditahan curi cip elektronik RM1.5 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2023
05:11 MYT
Enam ditahan curi cip elektronik RM1.5 juta
Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan hasil rampasan pada sidang akhbar di IPK Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis menahan enam lelaki termasuk dua pekerja kargo disyaki terlibat dalam kes kecurian lapan kotak berisi komponen cip elektronik bernilai RM1.5 juta di gudang kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 22 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 21 hingga 38 tahun itu ditahan secara berasingan KLIA, Sungai Pelek dan Nilai, Negeri Sembilan pada 26 hingga 28 April lalu.
“Polis juga berjaya merampas semula kesemua komponen elektronik itu yang akan dieksport ke Taiwan untuk pembuatan televisyen dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.
Hussien berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus sebuah syarikat yang memaklumkan mengenai kes kecurian komponen cip elektronik.
"Hasil rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati dua lelaki telah mencuri lapan daripada 42 kotak berisi komponen tersebut pada 4.30 pagi," katanya.
Menurut beliau, hasil soal siasat empat daripada suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian itu.
"Kesemua suspek telah direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Mereka akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi cip
#KLIA
#gudang kargo
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan