awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam individu ditahan cuba seleweng minyak diesel bersubsidi

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/07/2022
23:15 MYT
Enam individu ditahan cuba seleweng minyak diesel bersubsidi
Lori muatan tiga tan yang diubah suai bagi kegiatan menyeludup minyak diesel bersubsidi. - Astro AWANI
KEMAMAN: Curiga melihat dua lelaki yang mengambil masa lama untuk mengisi minyak membawa kepada pembongkaran kegiatan menyeludup minyak diesel bersubsidi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata enam individu bersama tiga buah lori muatan tiga tan yang diubah suai ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih, di sini, kira-kira jam 3 pagi Jumaat.
Menurut Hanyan kesemua lelaki berusia antara 45 hingga 17 tahun yang cuba menyeludup minyak diesel bersubsidi itu diberkas pegawai dan anggota daripada IPD Kemaman ketika sedang melakukan rondaan.
Hanyan berkata, ketika rondaan, pihaknya mengesan dua buah lori diparkir di stesen minyak terbabit manakala sebuah lori lagi sedang mengisi minyak diesel.
Hasil pemeriksaan mendapati mereka mengisi minyak secara berlebihan dan suspek juga gagal menunjukkan sebarang surat atau permit untuk membeli bahan api daripada pihak berkuasa.
Kesemua tangki lori terbabit juga diubah suai dan terdapat empat tangki besar di bahagian muatan dengan setiap satu berkapasiti 1,000 liter diesel.
Hanyan berkata, pemeriksaan ke atas dua buah lori lagi mendapati sebuah lori telah diisi 4,000 liter diesel manakala sebuah lori lagi dipercayai sedang menunggu giliran untuk mengisi diesel.
Jelasnya, selain enam individu terbabit, pihaknya turut menahan pembantu jualan stesen minyak berkenaan yang berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
Kesemua lori bersama muatan 5,000 liter diesel yang dirampas diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#penyeludupan
#diesel
#Hanyan Ramlan
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan