awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
12/01/2023
02:00 MYT
Enam individu termasuk penjawat awam ditahan didakwa terima rasuah RM20,000
Semua suspek berusia antara 29 dan 50 tahun ditahan pegawai SPRM selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000. - Gambar hiasan
SEMPORNA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan enam individu termasuk lima penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan di daerah ini, malam tadi.
Semua suspek termasuk seorang lelaki disyaki sebagai orang tengah ditahan jam 10 malam kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.
Menurut sumber, sogokan itu diberi supaya tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak bersubsidi disyaki untuk diseludup ke luar negara.
"Semua suspek berusia antara 29 dan 50 tahun ditahan pegawai SPRM selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan," katanya.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#minyak masak bersubsidi
#seludup minyak masak
#sprm sabah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan