awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam IPTS sedia terima pelajar perubatan AUCMS - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
16/11/2014
03:45 MYT
Enam IPTS sedia terima pelajar perubatan AUCMS - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Gambar fail
Sebanyak 425 pelajar perubatan daripada Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Pulau Pinang yang ditutup, akan ditempatkan di enam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata enam IPTS itu ialah Melaka Manipal Medical College (MMMC), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), AIMST University, MAHSA University, UniKL Royal College of Medicine of Perak (RCMP) dan SEGI University.
Dalam kenyataan Sabtu, Dr Noor Hisham berkata Jawatankuasa Bersama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang bermesyuarat Jumaat memutuskan jumlah pelajar yang ingin ditempatkan perlu mengambil kira aspek kemampuan akademik IPTS berkenaan dan kebajikan mereka yang terlibat.
Beliau berkata selain bergantung kepada jumlah tenaga pelajar enam IPTS itu, pertimbangan juga dibuat berdasarkan keupayaannya menyediakan ruang pembelajaran seperti bilik kuliah dan makmal, serta kemudahan lain yang diperlukan.
"Dengan mengambil kira perbezaan kurikulum antara IPTS penerima dan AUCMS serta tempoh masa, iaitu pembelajaran pelajar ini telah tergendala, pihak IPTS perlu melakukan perbandingan kurikulum antara IPTS penerima dan AUCMS.
"Ia bagi membolehkan pelajar ditempatkan pada tahap yang bersesuaian selaras dengan dasar perpindahan kredit yang diguna pakai bagi memastikan para pelajar dapat melengkapi keperluan pembelajaran program perubatan mereka," kata Dr Noor Hisham.
Beliau berkata cadangan pembahagian 425 pelajar di enam IPTS itu ialah 99 pelajar di MMMC, CUCMS (86 pelajar), AIMST University (81 pelajar), MAHSA University (79 pelajar), RCMP (66 pelajar) dan SEGI University (14 pelajar).
Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Bersama itu turut membenarkan IPTS terlibat menerima jumlah pelajar lebih daripada yang ditawarkan.
"Lawatan pemantauan bagi memastikan pematuhan kepada standard akreditasi program perubatan akan dilakukan dari semasa ke semasa," tambahnya.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berharap keputusan yang dibuat Jawatankuasa Bersama itu akan membantu pelajar AUCMS meneruskan pengajian dalam program perubatan.
"Pada masa yang sama, adalah diharapkan semua institusi pengajian tinggi yang menguruskan program perubatan memberi perhatian yang mendalam kepada kepentingan pengurusan yang baik dan berkesan demi kelangsungan pendidikan program perubatan di negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#AUCMS
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ipts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan