awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki ditahan, sindiket curi kenderaan tumpas

Bernama
Bernama
13/05/2023
13:40 MYT
Enam lelaki ditahan, sindiket curi kenderaan tumpas
Ayob Khan berkata siasatan awal mendapati sindiket ini menyasarkan kenderaan jenis pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota dan Honda. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang menyasarkan kenderaan pelbagai guna dan pacuan empat roda selepas menahan enam anggota sindiket berkenaan dalam operasi dijalankan di sekitar Subang Jaya dekat sini dan Bentong, Pahang.
Kesemua suspek lelaki berusia antara 35 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan pada 9 pagi Selasa hingga 2 pagi Rabu oleh Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah.
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata siasatan awal mendapati sindiket ini menyasarkan kenderaan jenis pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota dan Honda.
"Sindiket ini akan meninggalkan kenderaan berkenaan di kawasan terpencil sebelum diambil oleh sindiket lain untuk dijual ke luar negara atau dileraikan dan dijual sebagai alat ganti terpakai di pasaran tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Hilux dan Camry, selain pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.
Ayob Khan berkata polis masih mengesan dalang utama dan saki-baki anggota sindiket berkenaan yang disyaki bergerak aktif di sekitar Lembah Klang, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.
"Kesemua suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#sindiket
#kanun keseksaaan
#kenderaan pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan