awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut, tiga cedera kemalangan babit tiga kenderaan di Gemas-Tampin

Hakim Rahman
Hakim Rahman
13/09/2016
06:01 MYT
Enam maut, tiga cedera kemalangan babit tiga kenderaan di Gemas-Tampin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan enam jiwa dan membabitkan tiga kenderaan di KM7 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran simpang masuk Felda Pasir Besar malam tadi. - Gambar Bernama
Enam maut, dua cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM7, Jalan Gemas-Tampin, berhampiran simpang masuk Felda Pasir Besar di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian 11 malam itu, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang di Hospital Tampin manakala tiga lagi di Hospital Segamat, Johor.
Katanya, kesemua mangsa yang maut adalah Rosilah Maamor, 40, dan anak lelakinya Fawwaz Ahmad Syahraizan 9, Muhammad Hazreen Saadon, 22, Mohamad Haizal Muhamad Radzi, 20, Muhammad Mu'az Muhamad, 13, dan Muhamad Rizuwan Abdullah, 19.
"Siasatan awal telah dijalankan mendapati pemandu kereta Perodua Kenari yang dipandu Rosilah bersama anak lelakinya Fawwaz dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sungai Kelamah ke Gemas manakala suaminya Ahmad Syahraizan Omarudin, 40, yang memandu kereta Toyota Avanza mengekori dari belakang.
"Sampai di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Hazreen bersama lima yang lain yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Rosilah serta Ahmad Syahraizan," katanya ketika dihubungi.
Hamazah berkata manakala mereka yang cedera adalah Ahmad Syahraizan, Muhammad Aiman Abdullah, 14 dan Mohd Naimullah Che Roselee, 13
Beliau berkata kesemua urusan bedah siasat akan dijalankan pagi ini dan siasatan di tempat kejadian mendapati bentuk jalan sedikit berselekoh dari arah Gemas dengan sistem jalan dua hala dan garisan tengah pembahagi jalan berkembar.
"Keadaan pada ketika itu baik dan cahaya jalan di lokasi kemalangan pula samar-samar," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#felda pasir besar
#jalan gemas-tampin
#jalan raya
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan