awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia

Bernama
Bernama
21/11/2023
03:20 MYT
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Tuanku Syed Faizuddin bertitah pengiktirafan itu membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik. - Foto fail/BERNAMA
KANGAR: Enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disenaraikan antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia oleh Universiti Stanford dari Amerika Syarikat.
Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pensyarah itu ialah Prof Dr Subash Chandra Bose Gopinath, Prof Teknologis Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof Teknologis Dr Uda Hashim, Prof Madya Ir Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi, Prof Madya Dr Liew Yun Ming dan Prof Madya Dr Voon Chun Hong.
Kenyataan itu memaklumkan titah perutusan Raja Muda Perlis itu dipaparkan pada skrin gergasi bersempena dengan sidang keenam Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra di Arau, semalam.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah pengiktirafan itu membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti, tetapi juga kepada negara.
"Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi setanding dengan universiti terbaik di dunia," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensyarah
#UniMAP
#saintis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan