awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam peserta tilawah perdengarkan bacaan di MTHQA ke-65 malam ini

Bernama
Bernama
04/08/2025
12:45 MYT
Enam peserta tilawah perdengarkan bacaan di MTHQA ke-65 malam ini
Peserta Maldives Ahmed Nabeeh Abdul Gaadhir dijadual membuka tirai majlis diikuti qariah dari Kemboja Aimnah Toulours serta qariah dari Filipina Halima Baudting Dalundong. - Gambar Facebook JAKIM
KUALA LUMPUR: Enam peserta tilawah akan memperdengarkan bacaan pada hari ketiga Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-65 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam ini.
Peserta Maldives Ahmed Nabeeh Abdul Gaadhir dijadual membuka tirai majlis diikuti qariah dari Kemboja Aimnah Toulours serta qariah dari Filipina Halima Baudting Dalundong.
"Turut memperdengarkan bacaan ialah qari dari Cameroon Mohamadou Mourtala Allyou, qari Afrika Selatan Mud-Dath-thir Abrahams dan qari Jordan Baker Omar Mohammad Al Saggar," menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Facebook.
Terdahulu pada sesi pagi, lapan peserta kategori hafazan telah memperdengarkan bacaan mereka.
MTHQA ke-65 berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos ini dengan tema "Membangun Ummah MADANI", menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara.
Pemenang kategori Tilawah bakal membawa pulang wang tunai RM40,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM30,000 dan RM20,000, selain barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#JAKIM
#YaPEIM
#kategori hafazan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan