LARUT: Enam lagi pusat pemberian vaksin (PPV) akan mula beroperasi di Perak awal Julai ini, untuk memberi kemudahan suntikan kepada lebih ramai penduduk luar bandar.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, PPV yang beroperasi di daerah-daerah kecil itu mempunyai kapasiti antara 400 hingga 600 dos suntikan setiap hari.
Menurutnya, lokasi enam PPV itu ialah di Lenggong, Selama, Sungai Siput, Gopeng, Beruas dan Felcra Seberang Perak.
“Sekarang ini kita tengok dari segi bandar seperti Ipoh tidak ada masalah, yang bermasalah ialah di kampung-kampung.
“Bila kita buka PPV di daerah kecil seperti di Lenggong dan Selama, tempat pedalaman seperti ini saya kira peratus pengambilan vaksin dan pendaftaran MySejahtera akan melonjak selepas pembukaan enam PPV ini, insya-Allah,” katanya ketika ditemui semasa meninjau proses pemberian vaksin menerusi program ‘outreach’ di Klinik Kesihatan Sungai Bayor, Selama, hari ini.
Seramai 300 warga emas menerima suntikan vaksin dalam program yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad.
Mohd Akmal berkata, enam PPV itu akan memudahkan pergerakan penduduk kampung mendapatkan suntikan vaksin di lokasi yang lebih dekat dengan kediaman mereka.
Beliau memberi contoh, apabila PPV Selama dibuka, penduduk sekitar tidak perlu lagi pergi ke PPV yang terletak di Taiping.
Sehingga 16 Jun lalu, lebih 233,000 penduduk Perak telah menerima vaksin dos pertama, manakala lebih 138,000 telah menerima dos kedua.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga kini dianggarkan antara 6,000 hingga 7,000 penduduk Orang Asli di Perak telah disuntik vaksin menerusi program ‘outreach’.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jun 19 2021
PPV yang beroperasi di daerah-daerah kecil itu mempunyai kapasiti antara 400 hingga 600 dos suntikan setiap hari. - Foto ihsan Pejabat Exco Perak
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.
PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.
PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.