Enam stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal dibina di Terengganu, sekali gus membuktikan negeri ini tidak dipinggirkan dalam pelaksanaan projek berkenaan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata rakyat Terengganu tidak perlu gusar dan keliru dengan keputusan jajaran baharu ECRL meskipun terdapat pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion menjadikan projek berkenaan kini bernilai RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.
"Perancangannya akan ada enam stesen di Terengganu. Ada stesen penumpang, ada kargo dan ada juga penumpang bersama kargo...tetapi saya tidak ingat semuanya.
“ECRL akan lalu Terengganu..takkan nak melompat (ke Mentakab)," katanya yang berada di Terengganu bagi menghadiri program Bicara Darul Iman bertajuk Ekonomi Bumiputera: Agenda Nasional, hari ini.
Berdasarkan cadangan jajaran baharu itu, enam stesen di Terengganu meliputi Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu dan Kampung Raja.
Projek ECRL disambung semula susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Selain pengurangan kos, jajaran baharu ECRL ialah dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang juga menyaksikan panjang landasan turut dikurangkan kepada 648 kilometer berbanding rancangan awal 688 kilometer.
Daim juga berkata perjanjian tambahan (SA) antara MRL dan CCCC memberi pertambahan penglibatan kontraktor tempatan kepada 40 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.
Selain itu katanya, projek terbabit akan merancakkan industri sampingan termasuk 'inap desa' dan perniagaan runcit akan berkembang apabila bermulanya ECRL.
"Kita akan melihat nanti akan banyak penglibatan usahawan besar mahupun kecil. Peluang ini akan menjadi ujian yang baik kepada usahawan di Terengganu dan seluruh pantai timur bahawa mereka berkelayakan untuk memenuhi permintaan dan bersaing," katanya.
Sementara itu, mengulas masa depan usahawan Melayu, Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan berkata nasib golongan itu hanya boleh diubah menerusi sistem pendidikan selain perlu mengelak daripada terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
Tegas Daim, usahawan Melayu juga perlu bergerak dengan lebih berani dan berfikir di luar kotak bagi memastikan mereka mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.
"Bila bercakap soal ekonomi dan agenda bumiputera, kita harus mula dengan pendidikan, akan tetapi kita tidak boleh berhenti di situ sahaja.
Pendidikan harus dipupuk dan diamalkan supaya diamal menjadi proses pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran kita juga harus berubah, jika tidak kita akan terus kekal dengan cara hidup selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2019
Tun Daim Zainuddin berkata rakyat Terengganu tidak perlu gusar dan keliru dengan keputusan jajaran baharu ECRL.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.