awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam tahun tak jumpa anak dilarikan isteri warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2022
02:50 MYT
Enam tahun tak jumpa anak dilarikan isteri warga asing
Polis telah menjalankan siasatan yang rapi bermula dari tarikh laporan diterima sehingga kini namun masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai anak pengadu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terus menanggung rasa pilu apabila anak lelakinya yang didakwa dilarikan isterinya sejak enam tahun lalu masih gagal ditemui.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sebanyak 12 laporan polis dibuat pengadu yang juga seorang warga tempatan berhubung orang hilang (OH) berkenaan sejak tahun 2016.
"Kesemua aduan serta maklumat yang disalurkan oleh pengadu serta orang awam telah diambil tindakan.
"Pengadu mengesyaki anaknya telah dilarikan isterinya yang merupakan seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa media tempatan melaporkan, pengadu bersama wakil dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) hadir ke pekarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini menuntut satu pasukan khas ditubuhkan untuk menjejak anaknya yang hilang semasa berusia lima tahun.
Ashari berkata, semakan turut dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, kedutaan dan beberapa premis dilaporkan oleh pengadu namun tidak membuahkan hasil.
Sehubungan itu, katanya, siasatan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
"Polis telah menjalankan siasatan yang rapi bermula dari tarikh laporan diterima sehingga kini namun masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai anak pengadu.
"Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222," ujar beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anak dilarikan isteri
#warga asing
#Ashari Abu Samah
#wanita warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan