awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam tapak pelupusan alami pencemaran berulang - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
08/07/2017
09:12 MYT
Enam tapak pelupusan alami pencemaran berulang - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati punca pencemaran adalah disebabkan reka bentuk TPS.
Sebanyak enam tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) didapati mengalami isu pencemaran larut resapan berulang dan serius.
Enam TPS itu ialah bekas TPS Taman Beringin (Kuala Lumpur), TPS Sungai Udang (Melaka), TPS Pulau Burung (Pulau Pinang), TPS Ladang Tanah Merah (Negeri Sembilan), TPS Ladang CEP Simpang Renggam (Johor) serta bekas TPS Pajam (Negeri Sembilan).
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati punca pencemaran adalah disebabkan reka bentuk TPS dan sistem pengolahan larut resapan sedia ada yang kurang efisien berbanding kapasiti penerimaan sisa pepejal yang meningkat.
"Runtuhan benteng kolam takungan larut resapan sehingga menyebabkan larut resapan mengalir masuk ke dalam sungai berhampiran selain kerosakan peralatan atau komponen di tapak pelupusan yang merupakan sebahagian sistem kawalan pencemaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kekurangan operator yang kompeten dari segi kawalan pencemaran alam sekitar di TPS turut menjadi faktor pencemaran.
Wan Junaidi berkata JAS telah mengambil 74 tindakan penguatkuasaan terhadap pihak bertanggungjawab yang menguruskan enam TPS itu termasuk mengeluarkan notis arahan, kompaun dan tindakan mahkamah.
Kes-kes ketidakpatuhan tersebut disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan mengikut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Manakala penalti bagi pelanggaran ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009 adalah maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya maksimum RM1,000 sehari bagi setiap kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.
Katanya kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melakukan pencemaran alam sekitar.
Orang ramai boleh membantu menjadi mata dan telinga JAS dalam usaha melindungi sumber air negara dengan menghubungi hotline 1-800-88-2727 atau e-aduan melalui https://eaduan.doe.gov.my, katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#pencemaran
#sisa pepejal
#TPS
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan