TAPAH:Enam lelaki termasuk lima beradik, didakwa di Mahkamah Majistret Tapah hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 37.2 kilogram di Chenderiang, dekat sini, 4 November lalu.
Kesemua tertuduh, S. Rathiswaran, 23 tahun, S. Suthentiran, 21 tahun, S. Sridharan, 20 tahun, S. Suthesan, 18 tahun, dan adik mereka yang berumur 17 tahun mengangguk faham apabila tuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Kyaw, 23 tahun, ditangguhkan kepada 9 Disember bagi mendapatkan khidmat jurubahasa.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine seberat 37.2 kilogram di Lot 11878, Mukim Chenderiang pada jam 9.15 pagi, 4 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya memutuskan 18 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amanina Zulkefli manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh.
Pada 5 November lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain mengumumkan kejayaan polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah ladang kelapa sawit di Chenderiang.
Polis turut merampas 37.2 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM1.6 juta dalam lima serbuan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur yang dijalankan serentak pada 4 November.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 16 2020

Enam yang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Astro AWANI

Polis rekod keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

AWANI Ringkas: Kesan sampingan suntikan vaksin kes terpencil | Aktiviti pertanian mungkin punca kebakaran hutan Cameron Highlands

AWANI Ringkas: Pendaftar gagal hadir suntik vaksin boleh dikenakan tindakan | Jadual peperiksaan SPM sesi petang dipinda

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.

Koperasi terjejas ditawar penjadualan semula TPM-SKM - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, koperasi diberi peluang untuk mendapat pembiayaan TMP-SKM sehingga RM100,000 tanpa cagaran dengan grace period selama enam bulan.

Agenda AWANI: Parlimen dibenar bersidang, apa reaksi Ahli Politik?
YDP Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Apa reaksi Ahli Parlimen berhubung signifikan proses semak dan imbang dalam amalan demokrasi ketika ini? Ikuti reaksi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Ahli Parlimen Tambun / Timbalan Presiden Bersatu), Tan Sri Noh Omar, (Ahli Parlimen Tanjong Karang / Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021) dan Fahmi Fadzil, (Ahli Parlimen Lembah Pantai / Pengarah Komunikasi PKR).

Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Prihatin | Nantikan Amanat Perdana dari PM 1 Mac ini
Menjelang 1 Mac, genap setahun negara mengangkat tema Malaysia Prihatin yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Sempena ulang tahun tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan memberi amanat perdana setahun Malaysia Prihatin pada jam 10 pagi, Isnin depan.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.

AMMB setuju selesaikan RM2.83 bilion berkaitan 1MDB dengan kerajaan Malaysia
Pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Tiga ahli lembaga pengarah, pengurus wakil syarikat berdepan 600 pertuduhan langgar syarat lesen
Pertuduhan terhadap Ahmad Zubir, Ong, Mohd Radzuan dan Chin yang mewakili syarikat Seruntun Maju Sdn Bhd beralamat di Kompleks Bebas Cukai, Pengkalan Hulu, dibacakan secara berasingan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Isu fitnah: Bicara kes saman Vivy Yusof pada 11 Ogos
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.