awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam termasuk lima beradik didakwa edar dadah 37.2kg di Tapah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/11/2020
03:39 MYT
Enam termasuk lima beradik didakwa edar dadah 37.2kg di Tapah
Enam yang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
TAPAH:Enam lelaki termasuk lima beradik, didakwa di Mahkamah Majistret Tapah hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 37.2 kilogram di Chenderiang, dekat sini, 4 November lalu.
Kesemua tertuduh, S. Rathiswaran, 23 tahun, S. Suthentiran, 21 tahun, S. Sridharan, 20 tahun, S. Suthesan, 18 tahun, dan adik mereka yang berumur 17 tahun mengangguk faham apabila tuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Kyaw, 23 tahun, ditangguhkan kepada 9 Disember bagi mendapatkan khidmat jurubahasa.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine seberat 37.2 kilogram di Lot 11878, Mukim Chenderiang pada jam 9.15 pagi, 4 November lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya memutuskan 18 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amanina Zulkefli manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh.
Pada 5 November lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain mengumumkan kejayaan polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah ladang kelapa sawit di Chenderiang.
Polis turut merampas 37.2 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM1.6 juta dalam lima serbuan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur yang dijalankan serentak pada 4 November.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#polis
#jenayah
#Dadah
#mati
#siasatan
#Mahkamah Majistret
#Bukit Aman
#Myanmar
#methamphetamine
#Razarudin Husain
#serbuan
#Chenderiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan