MALAYSIA
Energy Asia Edisi Kedua: Memimpin peralihan tenaga yang adil

Edisi kedua Energy Asia bakal diadakan dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto PETRONAS
KUALA LUMPUR: Energy Asia kembali untuk edisi kedua dan bakal mengambil tempat dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Menerusi sebuah kenyataan media, persidangan kali ini membawa tema 'Demi Peralihan Tenaga Asia,’ dan bakal menggabungkan penggubal dasar, pemimpin industri serta golongan profesional dengan sokongan 52 penaja korporat bermotifkan penekanan sokongan diikuti kerjasama industri yang kuat dalam mempercepatkan peralihan tenaga adil dan teratur.
Individu-individu terkemuka yang bakal turut serta dalam persidangan ini termasuk Setiausaha Agung, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum, Haitham Al Ghais; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik; dan Presiden, Institut Penyelidikan Ekonomi & Teknologi CNPC. Dr. Lu Ruquan.
Selain itu, persidangan juga bakal dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Woodside Energy, Meg O’Neill; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tota lEnergies, Patrick Pouyanné; Pengerusi, ENEOS Xplora, Toto Wolff; Prinsipal Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, Toshiya Nakahara; dan Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan.“Bersama-sama, mereka akan membincangkan cabaran dan peluang yang unik di rantau ini merentasi tujuh sub-tema utama iaitu Ekonomi, Dasar dan Geo-Politik, Masa Depan Pasaran Tenaga dan Strategi Syarikat, Pasaran Tenaga dalam Peralihan, Teknologi, Inovasi dan Kitaran, Pasaran Modal, Iklim dan Kelestarian, serta Bakat, Kemampuan dan Kepelbagaian & Inklusi,” jelas kenyataan itu.
Pengurus Besar Kanan, Energy Asia dan Strategi, Perancangan dan Tadbir Urus, Hubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Arni Laily Anwarrudin, berkata, menerusi Energy Asia, cita-cita pihaknya adalah untuk mewujudkan platform terkemuka di rantau ini untuk kepimpinan pemikiran tentang peralihan tenaga sekali gus menjadi satu ruang yang bukan sahaja menyuarakan idea dan inovasi berani, malah mendorong tindakan bermakna dan jelas.
"Kami berharap persidangan ini merapatkan jurang antara ekonomi yang sedang pesat membangun dan maju dengan menggalakkan kerjasama rentas sektor serta sempadan.
“Hanya melalui dialog yang inklusif dan adil, kita dapat membuka potensi penuh landskap tenaga yang pelbagai di Asia dan memastikan tiada sesiapa tertinggal," tambahnya.
Salah satu fokus utama persidangan ialah Forum Eksekutif Kepimpinan Global Energy Asia iaitu merupakan satu pertemuan tertutup bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) global dan pegawai atasan dari sektor utama termasuk minyak dan gas, tenaga, teknologi, kewangan, dan perkhidmatan profesional.
Melengkapi Persidangan Eksekutif adalah Energy Park, sebuah pusat pengalaman interaktif yang direka untuk menjana idea, memberi inspirasi, dan merangka hala tuju peralihan tenaga Asia dengan mengumpulkan komuniti terdiri daripada teknologi, usahawan, pelabur perniagaan dan penggiat korporat.
Dua inisiatif baharu juga akan diperkenalkan tahun ini termasuk Anugerah Energy Asia, yang menghormati kepimpinan dan impak cemerlang dalam peralihan tenaga dan Pemimpin Tenaga Masa Depan, yang mengiktiraf bakat baharu yang membentuk landskap tenaga.
Sertai penggubal dasar, pemimpin industri dan profesional tenaga di Energy Asia. Delegasi yang mendaftar akan memiliki akses kepada pelbagai kemudahan, termasuk sesi persidangan dan pameran, upacara pembukaan dan penutupan majlis, serta peluang jaringan dan penglibatan.
Daftar sekarang di www.officialenergyasia.com/delegate/ .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami