Sikap memilih pekerjaan dan enggan keluar daripada 'zon selesa' dikenal pasti antara punca ramai siswazah masih gagal mendapat sebarang pekerjaan walaupun telah lama menamatkan pengajian.
Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff berkata hasil program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diadakan mendapati kebanyakan siswazah lebih cenderung mencari pekerjaan di kawasan tempat tinggal atau kelahiran mereka selain mencari pekerjaan dalam sektor awam.
"Isunya bukan sebab tidak ada pekerjaan tetapi masalah ramai siswazah yang memilih untuk mencari pekerjaan dengan kerajaan kerana katanya lebih bagus dan terjamin sedangkan sektor swasta tidak kurang hebatnya.
Malah ada juga yang yang sanggup berhenti kerja dalam sektor swasta semata-mata nak minta kerja sektor awam kerajaan, sedangkan kerajaan kini tidak lagi membuat pengambilan baharu dan hanya isi kekosongan jawatan sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan SL1M Peringkat Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Sektretariat SL1M Norashikin Ismail.
Turut hadir Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Daing Ibrahim serta Duta SL1M yang juga penyanyi terkenal Faizal Tahir.
Program itu disertai lebih 100 syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan latihan. Ia merupakan yang kedua dilaksanakan selepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bulan lepas.
Sehubungan itu, katanya graduan itu sendiri perlu berusaha dan berani untuk keluar dari zon selesa dan merantau untuk mencari pekerjaan demi mengubah masa depan diri dan keluarga.
"Semasa program ini di adakan di PWTC, kita telah menawarkan 25,000 peluang pekerjaan dan untuk program hari ini sendiri sebanyak 10,00 peluang pekerjaan, jika siswazah merebut peluang yang diberikan ini, soal pengangguran pasti akan dapat dikurangkan.
Kerajaan telah melakukan banyak usaha untuk membantu siswazah dan golongan belia di negara ini termasuk SL1M dan program lain, namun jika empunya diri sendiri tidak berusaha, tidak ada apa yang kita boleh lakukan seperti kata pepatah Inggeris 'you can lead a horse to water, but you can't make it drink' (anda boleh membawa seekor kuda ke air tetapi belum tentu anda boleh menyuruhnya minum)," katanya
Sejak program SL1M ini diadakan pada 2011 sehingga kini, katanya lebih 99,000 siswazah telah berjaya dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dan pada tahun ini sebanyak sembilan siri Program SL1M akan diadakan termasuk di PWTC dan UMP, di Kuantan pada Khamis.
Sementara itu, Faizal berkata siswazah perlu berhenti memberikan alasan dan menyalahkan keadaan sekitar termasuk keadaan ekonomi semasa sebagai faktor mereka gagal mendapatkan pekerjaan.
"Sekarang kita tidak ada alasan lagi kerana kerajaan telah banyak membantu menerusi pelbagai cara termasuk SL1M... sebagai siswazah kita kena berani, kena yakin kepada diri sendiri dan tidak takut kepada kegagalan," katanya.
Faizal berkata beliau sendiri pernah melakukan banyak pekerjaan seperti kerani bank dan bekerja di restoran makanan segera sebelum menikmati kejayaan pada hari ini termasuk sebagai penyanyi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
Enggan keluar daripada zon selesa antara faktor siswazah menganggur - Gambar Hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.