awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/04/2023
06:08 MYT
Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri
Tertuduh didakwa telah menakutkan bekas isterinya dengan ugutan untuk membunuhnya kerana mangsa enggan menandatangani surat perjanjian pertukaran hak milik rumah. - Foto BERNAMA
AYER KEROH: Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah, awal bulan lalu.
Tertuduh P. Chandramohgan, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan bekas isterinya S. Wairavi, 44, dengan ugutan untuk membunuhnya kerana mangsa enggan menandatangani surat perjanjian pertukaran hak milik rumah.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Mas Merah Jaya dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Mac 2023.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah itu diringankan dengan alasan dia hanya mempunyai wang sebanyak RM2,000, selain menanggung empat orang anak dan bekerja di kedai dobi.
Sejurus mendengar rayuan kedua belah, Sharda Shienha kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mendekati atau mengganggu mangsa.
Beliau kemudian menetapkan 17 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#pekerja kedai dobi
#ugut bunuh
#berebut rumah
#Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan