Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH148 hari ini mengalami kebakaran enjin sebelum membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.
Pesawat Airbus 330 yang dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan beberapa kali di udara untuk membuat pelepasan minyak sebelum ia mendarat.
MAS telah mengesahkan penerbangan MH148 itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne.
Jurutera dan kakitangan MAS telah pun menjalankan siasatan terhadap pesawat yang membawa 300 penumpang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Hasil siatan awal, kebakaran pesawat itu tidak menunjukkan bukti fizikal ia berpunca daripada luar pesawat.
MAS dalam satu kenyataan hari ini juga berkata penilaian lanjut terhadap pesawat itu juga telah dilakukan.
Lapangan Terbang Melbourne sebelum ini juga telah membuat pengesahan awal mengenai insiden ini dan melaporkan pesawat itu telah mendarat dengan selamat.
Operasi di lapangan terbang itu juga dilaporkan kembali seperti biasa.
Astro Awani
Fri Jun 12 2015

Antara foto terawal yang menunjukkan pesawat penerbangan MH148 mendarat cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas mengalami enjin pesawat terbakar. - Twitter/Candice Wyatt

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

Kanak-kanak leukimia | Impian naiki kenderaan polis tercapai
Impian seroang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia tahap empat untuk menaiki kenderaan polis akhirnya tercapai.

Politik | Perpecahan dalam UMNO berlaku sebelum PRN Sabah
Perbezaan pendapat dalam usaha persiapan UMNO menghadapi pilihan raya umum dilihat antara faktor utama yang menyebabkan perpecahan dalam parti Melayu terbesar itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, titik-titik perbezaan pendapat semakin ketara sewaktu berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lepas.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri [INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/23023825271611332239891/1886850_8967789641611332281403_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri

COVID-19 | Larikan jenazah bapa, 4 beradik direman
Empat beradik direman selama tiga hari selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka di Hospital Lahad Datu apabila enggan membenarkan hospital menjalan SOP COVID-19 terhadap bapa mereka.

COVID-19 | Pesakit COVID-19 dipercayai bunuh diri
Tertekan akibat positif COVID-19 dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi di hospital swasta, seorang lelaki dipercayai membunuh diri di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

10 Berita Pilihan - (22 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

Enjin lokomotif KTMB terbakar dekat Kluang
Enjin lokomotif kereta api, yang membawa penumpang dari Johor Bahru ke Gemas, terbakar di KM1 Jalan Renggam-Kluang, dekat Kluang, malam tadi.

Kereta terbakar di rumah pegawai KPDNKK bukan perbuatan khianat
Kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar.

F1: Hamilton persoal masalah enjin dihadapinya musim ini
Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton membangkitkan keraguan serius sama ada wujud konspirasi dalaman untuk memberi kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini kepada rakan sepasukan, Nico Rosberg.

Pesawat British Airways terbakar di Las Vegas, sekurang-kurangnya 7 cedera
Sebuah pesawat British Airways terbakar di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas sejurus sebelum berlepas pada Rabu.

Enjin pesawat terbakar, MH148 terpaksa mendarat cemas
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH148 mengalami kebakaran enjin sebelum membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.

Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar ketika di udara
Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar setelah lima ke tujuh minit berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.