awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Jota isytihar Liverpool sudah kembali selepas menang dramatik ke atas Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
01/05/2023
01:20 MYT
EPL: Jota isytihar Liverpool sudah kembali selepas menang dramatik ke atas Tottenham
Pemain Liverpool Diogo Jota ketika menjaringkan gol keempat pasukannya dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur. - Foto REUTERS
LIVERPOOL 4 TOTTENHAM HOTSPUR 3
Diogo Jota mengisytiharkan bahawa Liverpool sudah kembali selepas jaringan saat-saat akhirnya memberikan The Reds kemenangan 4-3 ke atas Tottenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool pada awalnya kelihatan akan meraih kemenangan mudah selepas jaringan daripada Curtis Jones, Luis Diaz dan Mohamed Salah memberikan mereka pendahuluan selesa 3-0 dalam 15 minit pertama perlawanan itu.
Bagaimanapun, Tottenham selepas itu mula merancanakan kebangkitan hasil sentuhan penyudah Harry Kane dan Son Heung-min sebelum Richarlison menyamakan kedudukan pada minit ketiga waktu kecederaan.
Namun, masih ada drama di penghujung aksi apabila Jota memanfaatkan kesilapan hantaran Lucas Moura untuk menjaringkan gol kemenangan Liverpool, hanya berselang 99 saat selepas Spurs menyamakan kedudukan.
Ditanya adakah Liverpool sudah kembali ke tahap terbaik selepas meraih empat kemenangan liga berturut-turut, Jota berkata kepada Sky Sports: "Benar. Ia berasa amat hebat dan kami hanya perlu meneruskannya.
"Kami menyukarkan diri kami sendiri. Selepas mendahului 3-0, kami perlu mengelakkan situasi seperti ini. Tetapi pada akhirnya, ini satu hari untuk diperingati, terutama buat saya, itu sudah pasti. Gol kemenangan sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa.
"Semua orang mengimpikan untuk menjaringkan gol kemenangan minit terakhir. Saya dapat lihat bola tidak dikawal dengan baik oleh pertahanan. Saya percaya saya boleh menjaringkan gol dan ia menjadi amat luar biasa," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liberpool
#EPL
#Diogo Jota
#Tottenham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan