awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN anjur solat hajat dan doa selamat untuk Pantai TImur

Shadin Tahir
Shadin Tahir
29/11/2024
11:43 MYT
ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN anjur solat hajat dan doa selamat untuk Pantai TImur
Majlis ini diadakan di Masjid Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, selepas Solat Jumaat. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Empat stesen radio Bahasa Melayu di bawah Astro Audio, iaitu ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, telah menganjurkan Solat Hajat dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan penduduk Malaysia yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu.
Majlis ini diadakan di Masjid Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, selepas Solat Jumaat.
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah para penyampai daripada keempat-empat stesen, antaranya Haziq, Issey, Aswad, Faisal Ismail dan Faliq, bersama-sama dengan puluhan jemaah lain yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir.
Menurut Pengurus Jenama GEGAR, Eman Zaki, berdasarkan statistik terkini daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), lebih 80,000 penduduk telah dipindahkan akibat banjir di tujuh negeri yang terjejas. Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan lebih 60,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 jajahan. Di Terengganu pula, kira-kira 13,800 mangsa dipindahkan ke lebih 230 PPS di seluruh negeri.
“Majlis ini diadakan dengan harapan agar mereka yang terjejas diberikan perlindungan dan kesejahteraan yang sewajarnya. Keselamatan mereka adalah keutamaan kami. Meskipun banjir adalah bencana yang sering berlaku di penghujung tahun, semangat persaudaraan Islam amat penting dalam kita bersama-sama berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keadaan tidak bertambah buruk,” ujar Eman Zaki.
Tambah beliau, Astro Audio juga sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk membantu mangsa banjir, khususnya mereka yang kehilangan tempat tinggal serta memerlukan pakaian, makanan, dan barangan keperluan harian. Usaha ini akan dibincangkan bersama pihak pengurusan tertinggi Astro Audio, dan butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir di Masjid Menara Merdeka 118 kerana sudi meluangkan masa untuk mengimarahkan Solat Hajat dan Doa Selamat ini. Semoga doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT,” kata beliau.
Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, sila layari laman media sosial rasmi stesen-stesen tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir
#media sosial
#NADMA
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan