awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ernie Zakri selamat melahirkan anak pertama

Gempak
Gempak
22/02/2022
09:13 MYT
Ernie Zakri selamat melahirkan anak pertama
Ernie Zakri dan Syamel selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pukul 10.14 pagi tadi. - Gambar GEMPAK
PASANGAN penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pukul 10.14 pagi tadi.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Syamel melahirkan rasa bersyukur dan meminta agar peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak dan isterinya.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie (nama timangan Ernie Zakri) dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” tulis Syamel.
Sungguhpun Syamel dan Ernie berkongsi gambar, namun, kedua-duanya masih merahsiakan jantina serta nama bayi mereka.
View this post on Instagram
A post shared by SYAMEL (@syamel_official)
Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
"Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku..." kata penyanyi terkenal, Anuar Zain yang juga bapa saudara Ernie.
“Alhamdulillah… tahniah… ya Allah geramnya tengok tangan baby. Putih melepak, chubby gera!” tulis penyanyi Shiha Zikir.
“Alhamdulillah… syukur moga menjadi saham akhirat yang mulia,” ujar pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya pula.
Syamel dan Ernie mulai rapat selepas terlibat dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.
Pasangan tersebut kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#Ernie Zakri
#Syamel
#Anak Pertama
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan