SEMPENA perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma, kumpulan rock nusantara, Pitahati muncul dengan sebuah lagu berjudul Purnama Lebaran.
Lagu dan lirik yang ditulis sepenuhnya oleh kumpulan tersebut merupakan lagu raya mereka yang pertama dan telah dirakam pada 2019.
Purnama Lebaran siap sepenuhnya ketika negara dilanda gelombang pertama pandemik COVID-19 tahun lalu.
Menurut vokalis dan gitaris Pitahati, Ilham, Purnama Lebaran adalah cubaan pertama Pitahati untuk mengetengahkan erti sebenar hari raya di samping mendalami erti hari raya itu sendiri.
"Perkara ini adalah sesuatu yang telah kian lama kian hilang dalam masyarakat Islam zaman sekarang.
"Di mana kebanyakan orang hanya melihat hari raya itu sebagai sebuah perayaan dan bukan sebagai sesuatu yang melambangkan kemenangan insan dalam memerangi hawa nafsu dan sifat-sifat keduniaan," katanya.
Untuk memastikan mood dan jiwa yang terdapat pada lirik Purnama Lebaran, Pitahati telah mengambil unsur-unsur lagu kerakyatan Melayu lama untuk menghadirkan perasaan nostalgia.
Pitahati menganggap perasaan nostalgia itu merupakan sesuatu yang sering dialami setiap indvidu apabila menyambut hari raya.
Purnama Lebaran boleh didengari di platform streaming Spotify dan Joox selain video lirik di YouTube.
Selain Purnama Lebaran, Pitahati juga bakal melancarkan sebuah kolaborasi dengan Ito, penyanyi kumpulan lagenda Blues Gang.
Tidak ketinggalan, Pitahati juga sedang dalam proses menghasikanl album baharu selepas lima tahun tidak menerbitkan sebarang album studio.
Irwan Muhammad Zain
Thu Apr 29 2021
Untuk memastikan mood dan jiwa yang terdapat pada lirik Purnama Lebaran, Pitahati telah mengambil unsur-unsur lagu kerakyatan Melayu lama untuk menghadirkan perasaan nostalgia. - Gambar ihsan Luncai Emas
Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan ditubuhkan - PM Anwar
Penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi memastikan peralihan kepada pembangunan rendah karbon dilaksanakan secara teratur dan seimbang.
Kanak-kanak Orang Asli Kuala Betis dikhuatiri lemas
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di Sungai Nenggiri, petang tadi.
10 Berita Pilihan - (14 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.
Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan berkaitan kewarganegaraan yang dianjurkan di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
AWANI Ringkas: Dua anggota polis terbunuh dinaikkan pangkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Rusia tawar perdamaian bersyarat kepada Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai.
Kanak-kanak Palestin lalui apa yang tidak sepatutnya dialami - Ketua UNRWA
Kanak-kanak Palestin telah melalui apa yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak di dunia, kata Philippe Lazzarini.
Aduan salah laku integriti: DOF jamin tindakan tegas, siasatan secara holistik
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan tegas dan hukuman setimpal terhadap kakitangan yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kolaborasi istimewa Pitahati dan Ito Blues Gang
Khatulistiwa merupakan antara lagu popular dari Blues Gang diberi nafas baru oleh Pitahati dan dirakam kembali bersama Ito.
Nafas baru Bintang Biru Kristal Salju dari Pitahati selepas 10 tahun diterbitkan
Album Bintang Biru Kristal Salju versi deluxe itu akan memuatkan persembahan live Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni pada tahun 2012 lalu.
Erti sebenar hari raya menerusi Purnama Lebaran
Lagu dan lirik yang ditulis sepenuhnya oleh kumpulan tersebut merupakan lagu raya mereka yang pertama dan telah dirakam pada 2019.
'Naraka' hasil seni terbaru Pitahati
Naraka sarat dengan kritikan sosial merupakan ciptaan Pitahati.
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
Aizat Amdan bakal gamatkan 'Konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL'
Aizat Amdan yang kini popular dengan Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan yang akan berduet dengan Padi Reborn.
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
Pitahati kembali ke piring hitam untuk album terbaharu
Album berjudul 'Selamat Datang Ke Panggung Suara' dirakamkan secara live dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan.
#DermaKilat: Artis lelong barang peribadi untuk bantu mangsa banjir
Penggiat seni Malaysia bakal melelong barang peribadi mereka demi mengutip derma buat mangsa banjir dalam projek #DermaKilat.
Fonetik Anak Candal eksperimentasi Pitahati
Fonetik Anak Candal merupakan album pertama Pitahati selepas menghasilkan EP pada 2012.