awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCom perlu perkasa keupayaan risikan cegah kes culik

Bernama
Bernama
05/10/2016
23:09 MYT
ESSCom perlu perkasa keupayaan risikan cegah kes culik
Strategi yang lebih holistik diperlukan bagi mengawal perairan Zon Selamat Timur Sabah. - Gambar fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat bagi memastikan perairan negara tidak mudah dibolosi oleh penjenayah rentas sempadan.
Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah berkata memandangkan ESSCom tidak mempunyai kelengkapan aset yang canggih bagi mengawal perairan Zon Selamat Timur Sabah yang luas maka strategi yang lebih holistik diperlukan.
Menurutnya, dengan adanya pelan strategik yang tersusun serta sistem risikan yang baik maka tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif dapat dilakukan bagi mengekang sebarang aktiviti penculikan daripada terus berlaku.
"Dengan adanya keupayaan risikan yang kukuh dan ampuh, saya yakin kita boleh melumpuhkan rangkaian penjenayah rentas sempadan dan kes-kes penculikan daripada terus berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Awam dan Penguatkuasaan di Majlis Perbandaran Sandakan, dekat sini, pada Rabu.
Borhan berkata setiap agensi penguat kuasa keselamatan juga perlu melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan sedia ada agar masalah ketirisan tidak terus berlaku terutamanya di peringkat pelaksanaan.
Susulan tindakan pihak berkuasa Filipina terhadap kumpulan militan dan jenayah di selatan negara itu, katanya, Esscomm perlu memperketatkan kawalan bagi mengekang sebarang percubaan kumpulan itu daripada memasuki negara ini.
Topic Berkaitan
#aset canggih
#ESSCom
#kawalan keselamatan
#Pantai Timur Sabah
#penjenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan