KUALA LUMPUR: Pelarian etnik Rohingya mencatatkan jumlah pemohon suaka tertinggi di Malaysia ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga Disember 2022 lalu menunjukkan seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.
Selain itu katanya, kumpulan berkenaan juga merekodkan jumlah pelarian paling ramai berada di negara ini.
“Pelarian dan pemohon suaka daripada negara Myanmar adalah merupakan golongan tertinggi yang berada dalam negara iaitu sebanyak 158,165 orang (86.43 peratus) dengan majoritinya adalah terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar iaitu sebanyak 106,129 orang (67.10 peratus) yang melibatkan seramai 91,780 (86.48 peratus) pelarian dan 14,349 (13.52 peratus) pemohon suaka,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH - Bukit Bendera) yang memintanya menyatakan bilangan etnik Rohingya atau pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR.
Amirzan dalam masa sama turut menjelaskan, secara keseluruhan seramai 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dari 59 negara direkodkan setakat Disember lalu.
Pada Selasa, Peguam, Norman Fernandez menegaskan pelarian Rohingya tidak sepatutnya mendapat layanan istimewa, sebaliknya perlu mendapat lebih kecaman susulan sikap mereka yang biadab dan tidak mematuhi undang-undang sedia ada di negara ini.
Ujarnya, kerajaan perlu bertegas kerana etnik tersebut didakwa telah naik ‘tocang’ dan mula menganggap bahawa mereka adalah tuan rumah atau penduduk tetap di negara ini.
Sinar Ahad melaporkan Merhom menggesa supaya aktiviti xenofobia dan kempen kebencian terhadap pelarian Rohingya di negara ini dihentikan.
Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menerima banyak laporan jenayah kebencian daripada mangsa pelarian Rohingya termasuk kes langgar lari dan serangan fizikal. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 29 2023

Seramai 14,349 individu daripada etnik Rohingya telah membuat permohonan suaka di Malaysia. -Gambar fail

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.

Malaysia gesa OIC, ASEAN jalin kerjasama tangani isu Rohingya
Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Remaja dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun direman selama tujuh hari bermula 21 September.

KPT tiada halangan pelarian Rohingya sambung pengajian di IPT - Khaled
Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

Bangladesh janji terima semula Rohingya jika projek perintis penghantaran pulang gagal
Bangladesh dan Myanmar melancarkan projek untuk menghantar pulang kira-kira 1,100 pelarian.

Video lelaki guna bahan kimia untuk segarkan sayuran berlaku di luar negara
Video tular kononnya seorang lelaki menggunakan larutan kimia untuk menyegarkan kembali sayuran berdaun yang layu, tidak berlaku di Pasar Selayang, Selangor sebaliknya berlaku di luar negara.

Etnik Rohingya pemohon suaka paling tinggi di Malaysia
Statistik UNHCR sehingga Disember 2022 lalu menunjukkan seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.

'Rohingya naik tocang, biadab dan tidak patuh undang-undang'
Norman berkata, gesaan Merhom supaya aktiviti xenofobia dan kempen kebencian terhadap pelarian itu dihentikan, tidak sepatutnya berlaku.

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak tamatkan keganasan di Myanmar - SAC-M
Majlis Keselamatan PBB harus mengambil tindakan untuk memastikan kerajaan tentera Myanmar mematuhi Resolusi 2669 yang diterima pakai tahun lepas untuk menamatkan keganasan dan memulihkan demokrasi.

ASEAN perlu langkah lebih berkesan tangani isu Myanmar - Anwar
Krisis di Myanmar telah menyebabkan kebanjiran pelarian yang melarikan diri dari negara itu, menyaksikan Malaysia kini menerima kira-kira 200,000 pelarian Rohingya.