awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU komited labur 45 bilion Euro di Amerika Selatan dan Caribbean

Bernama
Bernama
17/07/2023
13:14 MYT
EU komited labur 45 bilion Euro di Amerika Selatan dan Caribbean
EU dan rakan kongsi pelaburan bersetuju untuk mengutamakan sektor "tenaga bersih dan bahan mentah kritikal". - Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Kesatuan Eropah komited untuk membelanjakan lebih EUR45 bilion (US$51 bilion) bagi rancangan pelaburan bagi rakan kongsi di Amerika Selatan dan Caribbean menjelang 2027, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
EU dan rakan kongsi pelaburan bersetuju untuk mengutamakan sektor "tenaga bersih dan bahan mentah kritikal," kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada Isnin.
Antara rancangan itu ialah pengembangan rangkaian telekomunikasi di Amazon di Brazil, pembangunan rangkaian 5G di Jamaica, pengangkutan awam mesra alam di Costa Rica dan pelaburan dalam lombong Litium di Argentina dan Chile.
Berbilion euro akan dilaburkan sebagai sebahagian daripada strategi Gerbang Global EU, satu inisiatif untuk menghubungkan blok itu ke seluruh dunia dan menyaingi perbelanjaan China dalam infrastruktur global.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#pelaburan
#Amerika Selatan
#Caribbean
#tenaga bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan