awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2021
23:33 MYT
Euro 2020: Eriksen muat naik gambar di media sosial
Eriksen mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan berjanji mencari punca dan sebab bagaimana serangan jantung itu berlaku. - Gambar fail/Astro ARENA
CHRISTIAN Eriksen berkata dia berasa 'baik' selepas pegawai perubatan menyelamatkan nyawanya ketika rebah dalam perlawanan Denmark bertemu Finland bagi saingan Euro 2020.
Pemain tengah Inter, Eriksen, diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di atas padang dalam separuh masa pertama di Copenhagen selepas tumbang ketika perlawanan sedang berlangsung.
Rakan senegaranya, Kasper Schmeichel, melaporkan pada Isnin bahawa Eriksen sudah 'senyum dan ketawa' di hospital, sementara doktor pasukan, Morten Boesen, mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung.
Boesen berkata Eriksen 'sudah tiada' sebelum pegawai perubatan berusaha untuk membantu Eriksen bangkit semula.
Kini Eriksen telah memuat naik gambar pertamanya dalam hospital sambil tersenyum.
A message from @ChrisEriksen8. pic.twitter.com/WDTHjqE94w
— DBU - En Del Af Noget Større (@DBUfodbold) June 15, 2021
Dia menulis mesej yang dimuat naik ke laman Twitter Persekutuan Bolasepak Denmark (DBU), "Hai semua. Terima kasih banyak atas ucapan dan mesej manis dan menakjubkan dari seluruh dunia. Ini sangat bermakna bagi saya dan keluarga saya.
"Saya dalam keadaan baik. Saya masih lagi menjalani beberapa ujian di hospital, tetapi sudah berasa baik. Sekarang saya akan memberikan sokongan kepada pasukan Denmark dalam perlawanan berikutnya.
"Bermain untuk seluruh Denmark. Dari Christian."
DBU pada Isnin menyatakan Eriksen kini dalam keadaan yang baik dan stabil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya, juga pada Isnin, bekas pemain tengah Ajax dan Tottenham, Eriksen mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan berjanji untuk mencari punca dan sebab bagaimana serangan jantung itu berlaku.
Kapten Denmark, Simon Kjaer, dipuji secara meluas kerana menghentikan Eriksen daripada menelan lidahnya dan meletakkan rakan sepasukannya itu dalam kedudukan pemulihan.
UEFA pada mulanya menangguhkan perlawanan, tetapi dipersetujui bahawa perlawanan akan disambung dengan kemenangan memihak Finland 1-0.
Topic Berkaitan
#Christian Eriksen
#serangan jantung
#jatuh
#tumbang
#bola sepak
#Euro 2020
#media sosial
#Denmark
#Finland
#bantuan
#cpr
#Copenhagen
#Kasper Schmeichel
#Morten Boesen
#Doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan