COPENHAGEN: Perlawanan UEFA EURO 2020 di Copenhagen ditangguhkan atas sebab kecemasan perubatan. 

Penangguhan itu disahkan sendiri oleh laman Twitter rasmi UEFA EURO 2020 selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen secara tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-42.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan Kumpulan B EURO 2020 menentang Finland.


Rakan sepasukan Inter Milan dan bekas pemain Spurs dilihat menangis ketika kakitangan perubatan berusaha menyedarkan Eriksen.

Tambah perkongsian itu, perjumpaan tergempar telah dilakukan dengan kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan.

Sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan pada jam 7.45 waktu tempatan (1.45 pagi).

Bagaimanapun, Eriksen telah dipindahkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.