awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Hadiah RM1.68 bilion menanti 24 pasukan bertanding

Agensi
Agensi
13/07/2024
01:15 MYT
EURO 2024: Hadiah RM1.68 bilion menanti 24 pasukan bertanding
Gelaran juara EURO bukan sekadar menjadi kayu ukur tertinggi bagi sesebuah pasukan yang menyertainya, tetapi, apa yang turut menjadi tumpuan ialah ganjaran besar menanti.
SEPERTI yang dinanti peminat bola sepak di seluruh dunia, kemuncak kejohanan Eropah, EURO 2024 akan berlangsung awal pagi Isnin di Olympiastadion, Berlin, Jerman.
Sepanyol akan memburu gelaran keempat sekali gus menjadi pasukan paling berjaya di Eropah sementara England mengimpikan gelaran Eropah pertama mereka.
Gelaran juara EURO bukan sekadar menjadi kayu ukur tertinggi bagi sesebuah pasukan yang menyertainya, tetapi, apa yang turut menjadi tumpuan ialah ganjaran besar menanti.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dilaporkan menyediakan hadiah keseluruhan bernilai 331 juta euro (RM1.68 bilion) untuk dikongsi antara 24 pasukan bertanding.
Hadiah-hadiah kemenangan dibahagikan mengikut peringkat pertandingan seperti berikut:
* Penyertaan: 9.25 juta euro (RM47 juta)
* Bonus perlawanan: 1 juta euro (RM5 juta) untuk kemenangan dan 500,000 euro (RM2.5 juta) untuk seri
* Kelayakan ke pusingan 16: 1.5 juta euro (RM7.6 juta)
* Kelayakan ke suku akhir: 2.5 juta euro (RM12.7 juta)
* Kelayakan ke separuh akhir: 4 juta euro (RM20.4 juta)
* Naib juara akan menerima bayaran tambahan sebanyak 5 juta euro (RM25 juta)
* Juara Eropah 2024 akan menerima bayaran tambahan sebanyak 8 juta eruo (RM40.7 juta)
* Pasukan juara boleh memperoleh maksimum 28.25 juta euro (RM143.8 juta) jika mereka memenangi ketiga-tiga perlawanan kumpulan.
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#hadiah kemenangan
#UEFA
#kejohanan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan